Wednesday, June 27, 2007

Pelajar bertungkuslumus menyiapkan modul

Sepanjang minggu ini pelajar SSBJ yang terdiri daripada atlet sukan badminton,bolasepak,squasy,basketball telah mula menyiapkan modul mereka.apa yang pasti mereka telahpun
berjaya menyiapkan kerja kursus tersebut.Pihak Panitia ingin merakamkan ucapan terima kasih terutama kepada PK Akademik dan guru Sejarah seperti:
Cik Shahani dan Cikgu MBR kerana memantau
serta membantu pelajar menyiapkan kerja mrk.

Tuesday, June 12, 2007

Pelancaran Modul P&P bagi Panitia Sejarah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pelajar SSBJ.


Hari ini adalah merupakan hari yang paling bersejarah buat Panitia Sejarah SSBJ(PSSSBJ)

kerana dengan daya usaha guru-guru SSBJ yang berdedikasi untuk membuat modul persediaan P&P bagi pelajar SSBJ.Kegunaan nota dan modul ini mampu untuk :


1) supaya pelajar dapat mengikuti P&P secara online


2)pelajar tidak ketinggalan dalam P&P guru walaupun ketidakhadiran ke kelas.


3)pelajar yang menjalani latihan keluar negara boleh mengikuti P&P guru walau dimana mereka berada.


Cikgu berharap pelajar dapat mengikuti modul ini nanti.Terima kasih.


Thursday, May 31, 2007

Runtuhnya sebuah tamadun.







Kompleks A Famosa.kompleks ini adalah asalnya di bina oleh AlFonso De Albuquerque.Beliau telah memerintahkan tawanan perang dan pekerja-pekerja untuk membina pintu hadapan kota tepi tebing sungai Melaka yang nuju ke laut sebelah barat untuk membina batu dari diambil batunya dari Pulau Upeh dan sekitarnya dan runtuhan kota istana Melaka.Pembinaannya mengambil masa puluhan tahun untuk menyiapkan benteng-benteng kukuh sebelah luar dan diletakan menara tinjau dan kawalan keselamatan disekelilingnya.kota ini dibuat dari campuran putih telur(motar),pecahan karangan laut,batu granite merah (batu lada) dan pelbagai bahan untuk menguatkan asas pembinaannya.dikatakan Albuquerque hanya tinggal selama beberapa tahun sebelum belayar balik ke Goa India. Serangan kali kedua(gambar kapal diserang)menunjukan pertempuran hebat antara soldadu portugis dan askar melayu dan tentera upahan dari jawa. Detik pertempuran di muara Sungai Melaka yang menyaksikan pertempuran dahsyat antara kedua-dua pihak.Pertempuran berterusan memaksa portugis menyerah kalah balik ke kapal mereka buat kali pertama.



Selamat datang ke Blog Panitia Sejarah SSBJ


Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada pengunjung blog ini.Panitia kami cuba memberikan yang terbaik agar pengunjung dapat memanfaatkan blog ini dan seterusnya meminati mata pelajaran sejarah.Sejarah adalah merupakan satu-satunya warisan yang patut kita perjuangankan dan bersyukur kerana menikmati keamanan yang kita nikmati selama ini.

Selamat belajar sejarah dari kami :

Ustazah Nozriah (Ketua Bidang Kemanusiaan)

Cikgu Yogeswari (Ketua Panitia)

Cikgu Fazirawati

Cikgu Mahirah

Cikgu Fauziah Din

Cikgu Shahani

Cikgu MBR

Bahan dan artifak sejarah