Thursday, May 31, 2007

Runtuhnya sebuah tamadun.







Kompleks A Famosa.kompleks ini adalah asalnya di bina oleh AlFonso De Albuquerque.Beliau telah memerintahkan tawanan perang dan pekerja-pekerja untuk membina pintu hadapan kota tepi tebing sungai Melaka yang nuju ke laut sebelah barat untuk membina batu dari diambil batunya dari Pulau Upeh dan sekitarnya dan runtuhan kota istana Melaka.Pembinaannya mengambil masa puluhan tahun untuk menyiapkan benteng-benteng kukuh sebelah luar dan diletakan menara tinjau dan kawalan keselamatan disekelilingnya.kota ini dibuat dari campuran putih telur(motar),pecahan karangan laut,batu granite merah (batu lada) dan pelbagai bahan untuk menguatkan asas pembinaannya.dikatakan Albuquerque hanya tinggal selama beberapa tahun sebelum belayar balik ke Goa India. Serangan kali kedua(gambar kapal diserang)menunjukan pertempuran hebat antara soldadu portugis dan askar melayu dan tentera upahan dari jawa. Detik pertempuran di muara Sungai Melaka yang menyaksikan pertempuran dahsyat antara kedua-dua pihak.Pertempuran berterusan memaksa portugis menyerah kalah balik ke kapal mereka buat kali pertama.



No comments: